Selamat Datang Ke Blog Pendidikan Cikgu Amye !
PENGENALAN.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi serba sedikit ilmu serta menyelesaikan tugasan MTE 3012. Segala kekurangan datangnya dari saya dan yang baik dari Allah SWT.
SIAPA SAYA?
Nama saya Nurul Amyeza binti Abu Bakar, merupakan seorang mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris ambilan September 2016/2017. Saya juga merupakan pelajar lepasan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota. Saya berusia 20 tahun dan berasal dari Muar, Johor. Saya mengambil kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) , fakulti Bahasa dan Komunikasi.
HARAPAN.
Saya berharap agar maklumat yang dikongsi sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dalam memperoleh ilmu dan dijadikan panduan dalam mencari bahan dalam pembelajaran. Saya juga berharap agar saya dapat melaksanakan tugasan bagi subjek MTE 3012 dengan baik dan cemerlang.
Yang Benar,
Nurul Amyeza Binti Abu Bakar.
Sekian, terima kasih.

No comments:
Post a Comment